Tuesday, February 15, 2011

Aku & Dia

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum

Pada malam itu setelah hampir separuh sedar aku menangis, aku
mengambil keputusan untuk meredakan tangisanku dengan keluar. Aku
menunggang motosikal hampir satu kangar aku teroka. Aku singgah setiap
7eleven untuk membeli penadol soluble untuk buatkan aku rasa mengantuk.
Selama tiga hari sejak pemergiannya ke kursus JPA, banyak perubahan yang
berlaku dekat dia, dekat aku, dan dekat hubungan kami.

Pada hari pertama dia berada jauh daripadaku, sms kami hanya dicemari
dengan pergaduhan yang tak berkesudahan. Masa itu aku bertugas dekat
gymnasium. Wajahku muram tiada senyuman walaupun
terhadap pelajar yang datang untuk menggunakan gymnasium itu. Akhirnya
kami sama-sama mengalah dan memohon maaf, dia kelihatanya semakin sibuk
dengan program di sana. Aku semakin gundah-gulana, air mata berlinangan
tiada kesudahannya sampai aku pulang ke rumah.

Hari ke dua lebih memerikkan, setelah dapat mesej dia pagi sebelum
subuh, lepas itu, terus diam membisu tanpa khabar tanpa berita sehingga
malam dalam pukul 11. Kali ini, kelihatanya jauh berbeza daripada cara dia
mesej sebelum ini. Sudahlah air mata belum kering lepas solat, cara dia mesej
buatku terus menangis. Persoalannya, kenapa dia sudah seperti sudah tidak
endahkan aku. Salah aku padanya terlalu besar, sehingga dia memberontak
terhadapku? Sehingga dia sudah mula memarahi aku?
Sudahlah aku tiada teman mahupun sahabat apatah lagi kawan untuk
aku luahkan keperitkanku. Bukan aku mahu menceritakan masalah
rumahtanggaku kepada orang luar, kerana tidak sesekali aku jadikan orang ke
3 untuk menyelesaikan masalahku. Dalam masa yang tidak aku hendak ianya
berlaku, aku terkenangkan kawan-kawan yang pernah rapat denganku. Pernah
terdetik aku hendak menelefon mereka dan menangis tanpa memberitahu apaapa
sebab kenapa aku menangis. Tetapi, apa aku gila hendak buat macam itu
terhadap mereka yang tiada kena mengena dengan masalahku.
Orang yang paling layak aku tanyakan pendapat ialah Ustaz Hadi Huda
kerana dia begitu rapat denganku, tetapi itu dulu masa aku di Shah Alam.
Sekarang aku sudah berjauhan, harap dan aku doakan dia sentiasa sihat dan
limpahkan rahmat daripada Allah SWT.

Antara doa yang aku mohon dan aku hajatkan:

Ya Allah Ya Tuhanku,
KepadaMu aku mengharap Pertolongan,
KepadaMu aku mengharapkan Perlindungan,
KepadaMu aku mengharapkan penjagaan terhadap isteriku,
Ya Allah, aku tak kisah jika dia sudah hilang rasa sayang terhadapku,
Tetapi bantulah aku yang menyayangi dia,
Lindungi dia di mana dia berada,
Cukuplah Engkau tahu aku sangat menyintai dia,
Aku tidak berupaya menjaga dia dan dengan itu aku mengharapkan
Engkau,
Agar Engkau menjaga dia dengan kekuasaanMu Ya Allah,
Jadikanlah kesedihanku kegembiraan baginya,
Kesusahanku kesenangan baginya,
Dan jangan Engkau biarkan dia merasakan kesedihan yang
menyeksakan ini,
Kesusahan yang aku alami ini…
Ya Allah,…

Setelah aku mendoakan dia, aku tidak dapat menahan keperitan, tidak
dapat menahan air mataku mencurah laju membasahi pipi. Hanya sujud dapat
membuatkan aku merasa dekat dengan Allah SWT.
Sedikit sebanyak aku bersyukur sebab rupanya ada juga orang yang
perasan aku dalam kesedihan dekat ‘FaceBook’. Aku berterima kasih atas
teguran dan nasihat yang dia berikan pada aku. Rupanya dia marah aku
‘expose’ emosi aku di ‘FaceBook’. Terima kasih atas doa yang dia mohon untuk
aku.

Rupanya mak dan abah aku ini boleh perasan yang anak dia ini ada
masalah sampaikan mak sudah menegurku dan bertanyakan kenapa balik
kerja terus berkurung dalam bilik? Aku soal balik, mak boleh tahu saya ada
masalah? Dia balas, sudah semestinya sebab selalunya kalau balik kerja
datang berbual bergurau dengan mak dulu tetapi kali ini anak mak ini terus
masuk bilik dan tak keluar-keluar. Aku hanya mampu senyum, selepas itu
menangis kembali bila masuk bilik.
Aku tidak tahu kenapa aku rasa sampai macam ini sekali, padahal dia
hanya pergi untuk tiga hari. Adakah aku terlalu dan keterlaluan menyayangi
dia sehingga lupakan untuk menyayangi Allah SWT dan keluargaku? Mungkin
ini balasan aku, balasan melukakan hatinya. Aku tidak bertimbang rasa sebab
tak pernah menyokong minat dia.
“Harap dia faham apa yang aku mahukan”
Aku agak tersentuh sampai sekarang sejak dia mesej aku mengatakan
yang sayang dia terhadap aku semakin berkurang sejak aku berlaku kasar.
Maafkan aku melukakan hati dia berulang-ulang kali.
Aku menulis cerita ini selepas balik daripada menenangkan fikiran pada malam
ke dua dia di sana. Aku sudah mula merasakan jiwaku semakin lama semakin
kaku. Mungkinkah aku perlu mengurangkan masa aku dengan dia???

Semuanya terserah kepadanya…

No comments:

Post a Comment